Saturday 12 May 2012

Pavlova




Pavlova adalah sejenis kek meringue yang diperbuat daripada putih telur dan gula halus sebagai bahan utama. Pavlova dinamakan sempena nama penari ballet dari Rusia iaitu Anna Pavlova. Tekstur pavlova sangat ringan bila dipegang. Bila disentuh pada permukaannya akan terasa licin dan garing. Ditengah-tengahnya pula lembut dan manis seperti mashmallow.

Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry, atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk  mengimbangi  rasa manis meringue.

Disini kami nak kongsi  resepi cara membuat Pavlova

Bahan-bahan:

4 biji telur putih
1 cawan gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/Hiasan:

1 cawan whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara Membuat:

Panaskan oven pada suhu 150 C.

Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkilat.

Masukkan cuka makan dan tepung jagung dan gaul hingga rata.

Masukkan adunan dalam piping beg.

Paipkan di atas kertas minyak (ikut kreativiti masing-masing)

Masukkan kedalan oven dan turunkan suhu sehingga 120C dan bakar selama 1 jam 20 minit

Kemudian biarkan ianya sejuk di dalam oven.

Ambilkan pavlova tadi, paip kan whipping cream tadi dan susun buah segar mengikut kreativiti masing-masing.

No comments:

Post a Comment